23/10/14 - 15:55 PM


Author Topic: Purata 3.5 Kanak-Kanak Hilang Sehari di Malaysia..  (Read 2731 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Offline Nik Hilmizam

  • Ahli Belum Bayar Domain
  • Warga Tegar!
  • *
  • Posts: 332
  • Karma: +0/-0
Purata 3.5 Kanak-Kanak Hilang Sehari di Malaysia..
« on: May 22, 2008, 01:35 PM »
Assalamualaikum..

Berita ini agak menggemparkan. Harap kita tingkatkan keselamatan anak kita dan anak jiran kita.

Petikan dari malaysiakini..

Sebanyak 242 kes kanak-kanak hilang dilaporkan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini dan hanya 114 kanak-kanak berjaya ditemui semula, kata menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.

Datuk Dr Ng Yen Yen berkata, 1,168 kes budak hilang dilaporkan tahun lepas, manakala 1,478 kes pula pada 2006

Bercakap ketika merasmikan Bengkel Dasar Perlindungan Kanak-Kanak dan Pelan Tindakan Perlindungan Kanak-Kanak semalam, beliau berkata statistik selama dua tahun itu menunjukkan 21 peratus penurunan jumlah kes.

Bagaimanapun kes itu tetap serius dan berterusan setiap tahun.

Yen Yen menambah, secara purata 3.5 kes kanak-kanak hilang dilaporkan sehari dan hampir 80 peratus kes tersebut membabitkan kanak-kanak perempuan.

Kes penderaan kanak-kanak pula dilaporkan meningkat saban tahun, tambahnya.

Pada 2002, sebanyak 1,242 kes penderaan dilaporkan dan jumlah itu meningkat kepada 2,279 kes tahun lalu.

Katanya, jumlah itu menunjukkan peningkatan sekali ganda dalam tempoh lima tahun dengan lebih 60 peratus mangsa merupakan kanak-kanak perempuan.

Beliau berkata kementeriannya bakal mengemukakan dasar dan pelan baru perlindungan kanak-kanak kepada kabinet selewat-lewatnya akhir bulan depan.
نىء حلمزام نيء أسماعيل
Nik Hilmizam Nik Ismail

Offline iqbalriad

  • Ahli Belum Bayar Domain
  • Warga Segar
  • *
  • Posts: 15
  • Karma: +0/-0
  • jiran maufakat membawa berkat
Re: Purata 3.5 Kanak-Kanak Hilang Sehari di Malaysia..
« Reply #1 on: May 22, 2008, 02:15 PM »
pada pandangan aku...........dalam kes2 cam ni perlukan pertimbangan dan kebijaksanaan ibubapa jugak..........contohnyer...kalau dah tahu shopping kompleks tu penuh sesak buat apa pergi kat sana....carilah tempat yang lebih selesa dan selamat.............anak2 perlu jugak diberi ingatan dan tunjuk ajar......cari tempat yang mana risiko untuk hilang lebih rendah walaupun untuk cari yang zero risky mustahil.............. ini tak anak2 nak kesana-kesini ibubapa ikut jer..........bab yg hilang kat pasar malam dan padang permainan tu mmg lah sesuatu yang agak menyedihkan.....tlg beri sikit masa untuk melihat anak2 kita....wslm
berusaha untuk jujur dan ikhlas sentiasa