Author Topic: Israk Mikraj : Sejauh mana kesedaran kita?  (Read 5399 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Offline azmiK

  • Ahli Belum Bayar Domain
  • *
  • Posts: 2,148
  • Karma: +1/-0
  • Gender: Male
Israk Mikraj : Sejauh mana kesedaran kita?
« on: July 24, 2008, 11:13 AM »

Sempena kita berada di bulan Rejab, (antara bulan-bulan mulia dalam taqwim Hijrah), ingin kita  sentuh tentang peristiwa Israk Mikraj yang diraikan umat Islam seluruh dunia pada 27 Rejab setiap tahun. Dalam banyak perkara yang manusia tidak mampu mengerti sampai bila-bilapun, ialah peristiwa agung 'Israk Mikraj' yang berlaku pada batang tubuh Nabi Muhammad s.a.w.. Bagaimana Nabi s.a.w. sebagai manusia biasa boleh naik ke langit yang tertinggi dengan begitu pantas, tanpa sebarang persiapan dan peralatan, kecuali seekor 'buraq' yang menjadi kenderaan dan pesawat angkasa. Menjelajahi alam angkasa raya, bahkan lebih tinggi. Kemudian Nabi s.a.w. turun semula ke bumi dan pulang ke Makkah, memberitahu orang ramai tentang peristiwa yang dilaluinya. Bingung akal manusia untuk mengerti tentang mukjizat israk mikraj itu.   

Maksud 'Israk' ialah perjalanan (rehlah) yang Allah SWT perlakukan kepada Nabi s.a.w. secara terhormat, bermula dari Masjid al-Haram di Makkah hingga ke masjid al-Aqsa, Baitul Maqdis di Palestin. Sementara maksud 'Mikraj' ialah kejadian yang berlaku ekoran dari peristiwa israk, iaitu naik dari al-Aqsa kepada beberapa lapis langit yang tinggi, sampai ke suatu peringkat yang tertinggi iaitu suatu tempat bernama 'Sidratul Muntaha' di mana ilmu dan akal manusia atau jin tidak mampu sampai kepadanya. Dalam peristiwa Israk Mikraj, bermulalah kewajipan ke atas manusia untuk solat 5 waktu. Begitu kasihnya Rasulullah SAW kepada manusia, baginda meminta kepada ALLAH SWT untuk meringankan jumlah waktu solat sehinggalah kekal kepada 5 waktu sehari semalam. Yang menjadi tanda tanya, adakah kita masa kini mampu menunaikan solat yang hanya 5 kali sehari itu? Apatah lagi untuk melaksanakannya, untuk mengawalkannya pun kita sendiri tidak mampu.

Sejauh mana kesedaran kita dalam mengingati dan mengambil iktibar dalam peristiwa Israk Mikraj? Amat mendukacitakan, kerana jika kita amati berapa kerat antara kita ini yang menyedari dan menghayati peristiwa ini. Ini kerana kita sendiri lebih mengambil berat akan hal-hal duniawi yang lain. Hari lahir kekasih hati, anniversary pertemuan pertama kononnya, hari pengishtiharan gelaran kekasih, dan macam-macam hari lagilah yang lebih kita utamakan. Silap, wahai sahabatku sekalian, kerana yang lebih utama, hari yang berkaitan dengan kekasih ALLAH, Rasulullah SAW perlu kita ambil tahu dan hayati bersama. Kerana cinta itu sendiri boleh kita cabangkan kepada lima, iaitu cinta kepada ALLAH, cinta kepada Rasul, cinta kepada ibu bapa, cinta kepada ummah dan cinta kepada kecemerlangan (dunia dan akhirat). 5 cinta yang suka saya petik dari Saujana..Itu dia, sewajarnyalah kita mengambil tahu peristiwa yang berlaku dalam taqwim Hijrah, bukan setakat tahu, malah menghayati kerana betapa besarnya jasa dan pengorbanan Rasulullah kepada umatnya jika nak dibandingkan dengan kekasih kita..bagai langit dan bumi!

Ketika Israk Mikraj inilah, manusia diwajibkan untuk menunaikan solat lima waktu. Solat yang menjadi tiang agama kita, jika dibuat, tertegaklah Islam. Jika ditinggalkan, runtuhlah agama kita kerana tiangnya tidak ada.

Sebenarnya, kita perlu mengutamakan apa yang lebih utama. Setiap perkara ada keutamaan masing-masing. Sekiranya ada beberapa perkara yang kita rasakan penting dalam hidup kita, kita perlu membandingkan keutamaannya. Dalam kes ini, antara pertemuan dengan ALLAH dan pertemuan dengan kekasih hati, mana yang lebih utama? Pada kita, dua perkara tersebut memang penting dalam hidup kita, tapi ada keutamaannya tersendiri..

Percayalah, sekiranya solat yang merupakan medium antara kita dengan ALLAH telah selesai, ALLAH pasti akan melindungi kita setiap masa dan ketika.

‘ Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar’                                                                                      (Al-Ankabut :45 )

ALLAH menyatakan bahawa solat itu sendiri dapat mencegah kita dari melakukan kemungkaran. Andai kita masih lagi melakukan kemungkaran, saya kira itu pastilah silap kita, adakah kita solat tapi tidak khusyuk ataupun adakah kita memang solat? Sengaja kita tekankan solat tika ini kerana peristiwa Israk Mikraj itulah yang membawa permulaan solat. Kemungkaran yang banyak berlaku pada hari ini kita kira adalah silap kita sendiri, adakah solat kita merupakan solat yang betul-betul mencegah kepada kemungakaran? Ataupun adakah sekadar solat, tanpa adanya penghayatan @ khusyuk, sekadar tunggang –tunggek macam ayam mematuk jagung? Adakah itu solat yang kita amalkan selama 19 tahun ke atas kita hidup? Persoalan-persoalan ini sebenarnya tidak memerlukan jawapan betul atau salah, kerana jawapan itu sendiri terletak pada diri kita, dalam iman kita. Kitalah yang mengemukakan soalan, kitalah yang mempunyai jawapannya.

Oleh itu, sempena peristiwa bersejarah Islam Israk Mikraj ini, ingin kita mengajak sahabat-sahabat sekalian berfikir, merenung kembali konsep sebenarnya peristiwa ini. Bagaimanakah kita setiap tahun menghayati Israk Mikraj, adakah kita membawa sebarang perubahan positif kepada diri kita? Hayatilah pengorbanan Rasulullah SAW tercinta, bagaimana beliau sanggup berjuang untuk umatnya. Adakah pengorbanan kita boleh disamakan seperti baginda? Adakah kita mengasihi Rasulullah sebagaimana kita menyayangi kekasih hati? Sama-samalah kita muhasabah kembali diri masing-masing.

"Baldatun toyyibatun warabbun ghafur. "
Maksudnya:"Negara yang aman, makmur dan mendapatkan keampunan Allah." (Saba`:15)

Offline mohdkhairul

  • Ahli Belum Bayar Domain
  • *
  • Posts: 707
  • Karma: +0/-0
  • Gender: Male
Re: Israk Mikraj : Sejauh mana kesedaran kita?
« Reply #1 on: July 24, 2008, 04:24 PM »

Assalamualaikum.

Sekadar mahu bercakap. Nak cakap pasal isu hot, teman tak sanggup. Jadi isu nilah yg teman nak cakap sikit.

Sejak forum ini wujud, hanya ada segelintir (tak termasuk teman) yang sering menghantar artikel semacam di atas. Di sini teman amat berharaplah agar Saudara AzmiK dan sesiapa sahaja yang sudi menghantar artikel artikel sebegini tidak akan merasa terkilan ke, apa kerana sepanjang pengamatan saya perkara-perkara sebegini akan berakhir setakat ini sahaja tanpa ada balasan dr ahli lain (termasuk saya lah tu).

Artikel-artikel sebegini amat penting sebenarnya. Terimakasih kepada mereka yang sudi mengingatkan kita semua. Syukran.