Komuniti Putra Tropika
News:
 
*
Welcome, Guest. Please login or register. September 8, 2010, 09:49 PM


Login with username, password and session length



Portal

Galeri


Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: Prejudis Sungguh kita bila berbuka puasa di surau...  (Read 1678 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
Speaker Forum
Speaker Forum
Warga Tegar!
*****
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 2,006



WWW31, Jln SP 6/6
« on: September 23, 2008, 11:26 AM »

Satu tradisi saya ingat lagi, apabila petang akan ada seorang yang junjung talam pergi dari rumah ke rumah dan tuan rumah akan sumbang apa kuih yang dia buat hari itu. Talam itu dibawa ke surau atau masjid untuk mereka yang ingin berbuka dan solat berjemaah di masjid. Itulah budaya yang semakin hilang..

Ada amalan yang sepatutnya disemarakkan pada Ramadan ini tetapi tidak dilaksanakan masyarakat dan apakah sebabnya? Amalan tersebut adalah amalan berbuka
Sebenarnya yang berbuka puasa di masjid terdiri daripada pelbagai kategori ahli masyarakat. Ada yang kaya, pertengahan dan miskin. Mungkin yang kaya datang bukan hendak berbuka sangat tetapi ingin berjemaah. Tetapi disebabkan prejudis keterlaluan, kita ketinggalan sunnah yang dituntut. Banyak negara di Asia Barat menjadikan membawa keluarga berbuka puasa di masjid sebagai satu budaya. Mereka tidak rasa dihina berbuka puasa di masjid. Tetapi kita di sini jika berbuka puasa di masjid orang kata nak makan percuma. Ini prejudis, sedangkan hikmah yang dituntut sunnah supaya beri makan pada orang. Jelas tafsiran serta pemahaman hadis itu pelbagai. Di Masjidilharam. Masjid Nabawi dan masjid di London, hujung minggu pada Ramadan berbuka puasa di masjid macam satu pesta. Ahli keluarga datang berbuka puasa di masjid dengan bekalan tamar saja sebab makanan untuk berbuka ada disediakan. Sebenarnya yang disediakan di masjid adalah hasil sumbangan ahli jemaah juga. Itulah masalah kekangan budaya dan prejudis kita hingga orang malu untuk berbuka puasa di masjid. Sebabnya kita kata itu untuk pekerja kontrak Bangladesh, Myanmar dan sebagainya. Ini prejudis yang keterlaluan hingga orang malu untuk berbuka puasa di masjid. Maka yang tinggal berbuka puasa di surau dan masjid hanyalah beberapa kerat sahaja. .termasuklah Surau Al Hijrah.. tidak pernah sampai 10 orang dari taman kita yang jumlah rumah keseluruhannya 200 lebih.. perajudis sungguh kita dengan amalan ini..Saya syorkan kita semua jangan malu bawa anak dan keluarga berbuka di masjid. Kalau tak mampupun bawalah diri kita untuk sama-sama berbuka di surau kita.. Janganlah kita terlalu prejudis terhadap amalan ini... Kalau kita memang nak makan sedap memang kita akan makan di rumah.. tapi makanlah selepas itu.. kita datang dulu berbuka di surau kita dengan apa yang ada.. kemudian selepas solat kita baliklah makan enak-enak di rumah.. marilah kita menghidupkan roh surau kita..Paling tidak tiga atau empat kali pada Ramadan ini.

Logged

"Baldatun toyyibatun warabbun ghafur. "
Maksudnya:"Negara yang aman, makmur dan mendapatkan keampunan Allah." (Saba`:15)
mentarimerah
Ahli Berbayar 2010
Warga Tegar!
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 807



« Reply #1 on: September 23, 2008, 07:06 PM »

betul tu mie....
Logged

ROCK SAMPAI TUA......
Jamal D'Maz®
Setiausaha PPPT 2009/2010
Ahli Berbayar 2010
Warga Tegar!
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 2,515


Moving Forward........!


31, Jln SP 6/3
« Reply #2 on: September 24, 2008, 10:35 AM »


Memandangkan ramadhan akan meninggalkan kita utk tahun ini, aku nak cadangkan kita buat "Majlis Berbuka Warga Tegar/Forum" pada hari Khamis 25/Sept ini. Kalau nak buat Jumaat ni pun ok, tapi ada yang dah balik kut...

Kita buat 'potluck' masing2 angkut kueh/lauk berbuka masing2.

Aku ON je... yang lain macamana?

Logged

Speaker Forum
Speaker Forum
Warga Tegar!
*****
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 2,006



WWW31, Jln SP 6/6
« Reply #3 on: August 26, 2009, 03:53 PM »

Satu tradisi saya ingat lagi, apabila petang akan ada seorang yang junjung talam pergi dari rumah ke rumah dan tuan rumah akan sumbang apa kuih yang dia buat hari itu. Talam itu dibawa ke surau atau masjid untuk mereka yang ingin berbuka dan solat berjemaah di masjid. Itulah budaya yang semakin hilang..

Ada amalan yang sepatutnya disemarakkan pada Ramadan ini tetapi tidak dilaksanakan masyarakat dan apakah sebabnya? Amalan tersebut adalah amalan berbuka
Sebenarnya yang berbuka puasa di masjid terdiri daripada pelbagai kategori ahli masyarakat. Ada yang kaya, pertengahan dan miskin. Mungkin yang kaya datang bukan hendak berbuka sangat tetapi ingin berjemaah. Tetapi disebabkan prejudis keterlaluan, kita ketinggalan sunnah yang dituntut. Banyak negara di Asia Barat menjadikan membawa keluarga berbuka puasa di masjid sebagai satu budaya. Mereka tidak rasa dihina berbuka puasa di masjid. Tetapi kita di sini jika berbuka puasa di masjid orang kata nak makan percuma. Ini prejudis, sedangkan hikmah yang dituntut sunnah supaya beri makan pada orang. Jelas tafsiran serta pemahaman hadis itu pelbagai. Di Masjidilharam. Masjid Nabawi dan masjid di London, hujung minggu pada Ramadan berbuka puasa di masjid macam satu pesta. Ahli keluarga datang berbuka puasa di masjid dengan bekalan tamar saja sebab makanan untuk berbuka ada disediakan. Sebenarnya yang disediakan di masjid adalah hasil sumbangan ahli jemaah juga. Itulah masalah kekangan budaya dan prejudis kita hingga orang malu untuk berbuka puasa di masjid. Sebabnya kita kata itu untuk pekerja kontrak Bangladesh, Myanmar dan sebagainya. Ini prejudis yang keterlaluan hingga orang malu untuk berbuka puasa di masjid. Maka yang tinggal berbuka puasa di surau dan masjid hanyalah beberapa kerat sahaja. .termasuklah Surau Al Hijrah.. tidak pernah sampai 10 orang dari taman kita yang jumlah rumah keseluruhannya 200 lebih.. perajudis sungguh kita dengan amalan ini..Saya syorkan kita semua jangan malu bawa anak dan keluarga berbuka di masjid. Kalau tak mampupun bawalah diri kita untuk sama-sama berbuka di surau kita.. Janganlah kita terlalu prejudis terhadap amalan ini... Kalau kita memang nak makan sedap memang kita akan makan di rumah.. tapi makanlah selepas itu.. kita datang dulu berbuka di surau kita dengan apa yang ada.. kemudian selepas solat kita baliklah makan enak-enak di rumah.. marilah kita menghidupkan roh surau kita..Paling tidak tiga atau empat kali pada Ramadan ini.


Aku membuka kembali topik yang aku postkan disini pada Ramadhan tahun lepas….agar ianya dapat selain dapat berbuka puasa dapat juga membuka pintu hati kita untuk kita sama-sama menghidupkan roh ramadhan itu di surau kita…..

Hari ini masuk 6 Ramadhan dah kita… bermakna sudah 6 hari kita berpuasa.. namun tanda-tanda penghujung Ramadhan sebagai mana tradisi kita orang melayu sudah menampakkan wajahnya.. dengan surau sudah mula tidak melimpah  semasa terawih… ini baru 6 hari puasa… tetapi sudah jelas di mata dimana kita….

Aku  buka topik ini kembali kerana dulu Surau Al Hijrah pasti ada orang berbuka puasa.. azan dan untuk sama-sama bersolat jemaah. Pada hari permulaan puasa dan hari kedua shj ramai jemaah namun semalam dan hari sebelumnya itu ianya terasa begitu sunyi shj.. hari sebelumnya hanya ada 3 hamba Allah yang berbuka puasa di surau kerana semata-mata untuk tolong azan di surau Al Hijrah… semalam seorang pun tiada berbuka puasa di surau Al Hijrah.. kemana warga kita semua.. aku nak berbuka puasa seorang pun tak sanggup kerana tiada orang yang menemankan… last sekali aku balik rumah berbuka puasa tamar sebiji dtg ke surau untuk azan dan balik ke rumah semula untuk berbuka puasa dan kemudian datang kembali untuk solat maghrib secara berjemaah….

Susah sangat ke kita nak berbuka kat Surau.. memanglah surau tidak menyediakan juadah yang enak-enak untuk berbuka.. memanglah berbuka dengan keluarga lebih ceria.. tetapi janganlah sampai surau kita sisihkan… bukan kau orang shj nak berbuka dengan keluarga aku pun ada keluarga jugak… saling berganti-gantilah kita…bukan nak makan mewah tetapi biarlah roh ramadhan tu ada di surau kita…lepas tu kita baliklah makan kat rumah..

Namun masing-masing sanggup kalau surau Al Hijrah tiada orang azan semasa berbuka puasa kerana lebih selesa bersama keluarga di rumah menikmati juadah berbuka…  kemudian ke surau nak solat… tak boleh ke kita gilir-gilir untuk bersama-sama berbuka kat surau bagi mengimarahkan surau kita….

Semoga sedikit sebanyak akan memberi ruang untuk kita berfikir…
Logged

"Baldatun toyyibatun warabbun ghafur. "
Maksudnya:"Negara yang aman, makmur dan mendapatkan keampunan Allah." (Saba`:15)
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  


Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1 RC3 | SMF © 2001-2006, Lewis Media

Theme Collectively Modified by ShahRC™ & Jamal
Valid XHTML 1.0! Valid CSS!