20/10/14 - 17:41 PM


Author Topic: ADUAN LAMPU JALAN  (Read 4578 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Offline kancilcomel

  • Warga Tegar!
  • *****
  • Posts: 362
  • Karma: +2/-0
Re: ADUAN LAMPU JALAN
« Reply #10 on: June 8, 2011, 09:30 PM »
Dah mcm mcm aku buat at last... telah diselesaikan dan aduan ditutup hahahahahah apa punyer tur lah... mcm mana lah dia org ni bekerje yer...




BUTIRAN PENGADUANNo. Rujukan 0815/05/11
Tarikh Penerimaan 25-05-2011  09:49 AM
Nama Anda MOHD HANAFI B YUNUS
Kawasan Operasi KAJANG ::  BANDAR SERI PUTRA
Definasi Masalah LAMPU JALAN ::  LAMPU JALAN TIDAK BERFUNGSI
 
Bentuk Maklumbalas ADUAN
Status Semasa DITUTUP
Tajuk Masalah Lampu Jalan Tidak Berfungsi (Tak Nyala)
Lokasi Masalah/Kejadian Taman Putra Tropika (Jalan 6), Bandar Seri Putra
Huraian Masalah Jampu jalan tidak berfungsi sejak leabih sebulan lalu di jalan jalan berikut;

1. Jalan 6/3
2. Jalan 6/5
3. Jalan 6/7
4. Jalan 6/2
5. Jalan 6/6
6. Jalan berhampiran taman permainan

SENARAI TRANSAKSI PELAKSANA1. [when ]: 25-05-11 @ 09:49:45 AM    [who ]: kancilcomel (CUSTOMER) 
  [Penerimaan ADUAN baru daripada MOHD HANAFI B YUNUS]
 
2. [when ]: 25-05-11 @ 10:05:00 AM    [who ]: awin (PRO) 
  [Pengesahan penerimaan ADUAN baru]
 
3. [when ]: 26-05-11 @ 07:08:56 AM    [who ]: sharieza (KEJURUTERAAN) 
  [Pertukaran status pelaksanaan ke SIASATAN telah direkodkan]
 
4. [when ]: 02-06-11 @ 01:53:13 PM    [who ]: sharieza (KEJURUTERAAN) 
  [Pertukaran status pelaksanaan ke SELESAI telah direkodkan]
 
5. [when ]: 06-06-11 @ 10:24:12 AM    [who ]: latizalatib (PRO) 
  [Pertukaran status pelaksanaan ke DITUTUP telah direkodkan]
 

Offline kancilcomel

  • Warga Tegar!
  • *****
  • Posts: 362
  • Karma: +2/-0
Re: ADUAN LAMPU JALAN
« Reply #11 on: June 8, 2011, 09:42 PM »
Aduan terbaru aku buat.. saper nak call boleh ambik nombor aduan nie.

No. Rujukan 0287/06/11
Tarikh Penerimaan 08-06-2011  20:26 PM
Nama Anda MOHD HANAFI B YUNUS
Kawasan Operasi KAJANG ::  BANDAR SERI PUTRA
Definasi Masalah LAMPU JALAN ::  LAMPU JALAN TIDAK BERFUNGSI
 
Bentuk Maklumbalas ADUAN
Status Semasa DITERIMA
Tajuk Masalah Lampu Jalan tak berfungsi
Lokasi Masalah/Kejadian 1. Jalan 6/3
2. Jalan 6/5
3. Jalan 6/7
4. Jalan 6/2
5. Jalan 6/6
6. Jalan berhampiran taman permainan
7. Jalan 6/1
 
Huraian Masalah Seperti aduan saya yg bernombor 0815/05/11. Lampu masih belum berfungsi tetapi status pelaksanan telah diselesaikan dan ditutup. Pekara sama juga berlaku kepada aduan rakan rakan setaman saya.

Kami berdoa kepada Allah semoga anda semua pekerja pekrja MPKJ dapat menjalankan tugas dengan amanah dan tidak seperti melepaskan batuk ditangga. Saya juga berharap Allah merahmati gajii anda agar anak anak anda tidak memakan makanan dari sumber yg tidak baik.

Amin.

Offline seedee

  • Admin Forum
  • Warga Tegar!
  • *****
  • Posts: 393
  • Karma: +2/-0
    • A journey with seedee's life
Re: ADUAN LAMPU JALAN
« Reply #12 on: June 9, 2011, 12:00 PM »
pergh.... ayat menusuk kalbu sungguh....

 :o
search for seedee for skype
http://blog.seedee.net

Offline Jamal D'Maz®

  • Warga Tegar!
  • *****
  • Posts: 2,607
  • Karma: +4/-0
  • Moving Forward........!
Re: ADUAN LAMPU JALAN
« Reply #13 on: June 9, 2011, 12:09 PM »

Itu ayat2 yang cukup mendalam dan dapat menyedarkan orang yang boleh berfikiran waras. Bermakna..... kalau perkara ni masih tak selesai, mereka ini TIDAK WARAS!

PS: Yang best, nama kancilcomel masuk dalam database aduan MPKj tu! Glamour gila.... hahahaha

Offline iras42

  • Ahli Belum Bayar Domain
  • Warga Segar
  • *
  • Posts: 40
  • Karma: +0/-0
  • irdina nurin sofea
Re: ADUAN LAMPU JALAN
« Reply #14 on: June 14, 2011, 02:35 PM »

makin byk lampu jalan yang tidak menyala.

ikhlas

Irwan A Rahman
~ bukan mudah untuk kita manusia memanusiakan manusia lain dengan segala sifat-sifat kemanusiaan ~

Offline Anis

  • Ahli Belum Bayar Domain
  • Warga Segar
  • *
  • Posts: 8
  • Karma: +0/-0
Re: ADUAN LAMPU JALAN
« Reply #15 on: June 14, 2011, 04:08 PM »
Selepas lebih satu jam cuba menghubungi MPKj, akhirnya dapat bercakap dengan seseorang di talian.
Cik Zizah dari Bahagian Korporat telah memaklumkan bahawa MPKj perlu membuka tender untuk melantik kontraktor baru untuk membaiki kesemua lampu jalan yang tidak menyala di kawasan Putra Tropika kerana ianya melibatkan kerja-kerja mengali (disyaki terdapat masalah dengan saluran dibawah tanah). Ini akan mengambil masa dalam 1-2 bulan.
Cik Zizah juga memberitahu bahawa pegawai yang bertanggungjawab adalah Pn. Shariza dari Bahagian Kejuruteraan (no. sambungan 6083) namun Pn. Shariza gagal untuk dihubungi ketika panggilan dibuat pada 14 Jun 2011, pukul 4 petang.

Apa kata kita beramai-ramai 'follow-up' dengan Pn. Shariza?  ;)

Offline Jamal D'Maz®

  • Warga Tegar!
  • *****
  • Posts: 2,607
  • Karma: +4/-0
  • Moving Forward........!
Re: Masalah Lampu Jalan: Persoalan Repot Terjawab Akhirnya!
« Reply #16 on: June 14, 2011, 06:36 PM »
Email luahan rasa di blog BSP:

From: Jamal D'Maz <jamaldmaz@yahoo.com>
Sender: bspinduk@yahoogroups.com
Date: Thu, 09 Jun 2011 23:35:10 -0700 (PDT)
To: bspinduk@yahoogroups.com<bspinduk@yahoogroups.com>
ReplyTo: bspinduk@yahoogroups.com
Subject: [bspinduk] Re: kebersihan longkang

 
Salam

Saya Jamal dari Putra Tropika, Jalan 6.

Buat pengetahuan semua, kami di Tropika juga mengalami keadaan yang sama mengenai longkang yang tidak diselenggara setelah sekian lama. Bukan tak boleh buat sendiri tapi masalahnya, tak tau kemana kami nak buang sampah atau pasir & batu batan yg dikeluarkan dari longkang-longkang itu nanti.

Dan satu lagi masalah yang sama kroniknya ialah lampu jalan yg tidak berfungsi lebih dari sebulan. Mula-mula hanya 1-2 dalam satu-satu jalan saja yang tidak menyala. Tapi sekarang ni, hanya 1-2 saja yang bernyala setiap jalan didalam taman kami. Lapuran telah dibuat, baik melalui website MPKj yang canggih, mahupun melalui panggilan telefon. Yang menariknya mengenai sistem aduan internet MPKj yang canggih ini ialah, setiap pelapur aduan akan diberi lapuran mengenai setiap langkah tindakan yang dilakukan keatas aduan. Dan setiap kali aduan juga, sistem canggih ini akan melapurkan bahawa aduan telah diselesai atau tutup kes kerana telah diambil tindakan. Padahal, lampu masih tidak menyala. Dan aduan selalunya 'ditutup/selesai' dalam tempoh 3-4 hari saja setelah tarikh aduan dibuat.

Adakah tindakan 'menghantar lapuran ke pihak kejuruteraan untuk diambil tindakan' dianggap sebagai Aduan Ditutup? Canggih.....

Minta kerjasama pihak pemaju, Bangi Heights untuk membantu kami yang berada didalam kegelapan sejak sebulan yang lalu. Nak adu, dah buat 3-4 aduan. Nak telefon, dah berkali-kali juga. Mungkin perlu panggil wartawan utk mengenengahkan masalah remeh begini? Cukai pintu dikutip, perkhidmatan masih tahap begitu juga.

Terima kasih.



Email dari Setiausaha Persatuan Penduduk BSP susulan email luahan rasa diatas:

"From: ramizi mohamed <ramizimohamed@yahoo.com>
Sender: bspinduk@yahoogroups.com
Date: Mon, 13 Jun 2011 03:32:59 +0100 (BST)
To: <bspinduk@yahoogroups.com>
ReplyTo: bspinduk@yahoogroups.com
Subject: Re: [bspinduk] Re: kebersihan longkang

 
Salam,,

Maaf baru berkesempatan berhubung dengan ahli majlis dan berbincang dengan beliau akan isu ini..

Berkenaan dengan kebersihan longkang/penyelenggaraan di taman2 perumahan bandar seri putra, sekarang adalah proses transisi peralihan pemaju BHDSB kepada MPKJ.  Setakat sehingga ke hari ini, apa yang telah diberitahu kepada saya, penyelenggaraan di Bandar Seri Putra telah terbahagi kepada 2.  Satu, yang diselenggara oleh BHDSB, dan satu lagi oleh MPKJ. 

Apa-apa kemudahan ataupun bentuk penyelenggaraan yang berada di dalam taman-taman telah diserahkan kepada bidang kuasa MPKJ.  Ini adalah termasuk, lampu jalan, jalan tar, kebersihan longkang, rumput dan sebagainya.  Manakala semua kemudanan / selenggaraan di luar taman adalah masih lagi dibawah selian/penyelenggaraan pihak BHDSB. 

Justeru dalam hal ini, sekiranya ada aduan terhadap sebarang bentuk penyelenggaraan hendaklah dikenal pasti kawasan mana yang terlibat agar dapat dikenal pasti pihak yang bertanggungjawab.

Dalam hal ini persatuan penduduk Bandar Seri Putra boleh membantu sekiranya tidak mendapat penyelesaian, dan sekiranya persatuan penduduk peringkat taman-taman hendak membuat aduan susulan yang belum/lambat dilayan, PPBSP telah disarankan agar membuat aduan melalui ahli majlis.  Sekiranya aduan masih juga belum dapat diselesaikan maka ahli majlis sendiri dengan bantuan persatuan penduduk bsp akan membuat aduan terus kepada MPKJ.

Berkenaan dengan isu aduan melalui laman web, dipihak Ahli Majlis (Tn Hj Mazwan), telah lama menyedari akan hal ini.  Betullah seperti yang dikhabarkan oleh Saudara Jamal, 'selesai' yang di catatkan pada laman web adalah membawa makna bahawa aduan tersebut telah dimajukan kepada pihak yang bertanggungjawab / kejuteraan. Tapi tidak bermakna 'selesai' itu bahawa masalah sebenar telahpun diselesaikan oleh pihak majlis perbandaran. 

Untuk itu, saya mencadangkan agar sebarang bentuk aduan yang masih tidak dilayan/belum selesai masih boleh di teruskan dengan kaedah aduan melalui ahli majlis, insyaAllah PPBSP boleh membantu,..

Harapnya menjawab serba sedikit persoalan dan permasalahan yang diutarakan..

wassalam

Ramizi Mohamed
SU PPBSP
"



« Last Edit: June 14, 2011, 06:40 PM by Jamal D'Maz® »

Offline kancilcomel

  • Warga Tegar!
  • *****
  • Posts: 362
  • Karma: +2/-0
Re: ADUAN LAMPU JALAN
« Reply #17 on: June 14, 2011, 09:52 PM »
Selepas lebih satu jam cuba menghubungi MPKj, akhirnya dapat bercakap dengan seseorang di talian.
Cik Zizah dari Bahagian Korporat telah memaklumkan bahawa MPKj perlu membuka tender untuk melantik kontraktor baru untuk membaiki kesemua lampu jalan yang tidak menyala di kawasan Putra Tropika kerana ianya melibatkan kerja-kerja mengali (disyaki terdapat masalah dengan saluran dibawah tanah). Ini akan mengambil masa dalam 1-2 bulan.
Cik Zizah juga memberitahu bahawa pegawai yang bertanggungjawab adalah Pn. Shariza dari Bahagian Kejuruteraan (no. sambungan 6083) namun Pn. Shariza gagal untuk dihubungi ketika panggilan dibuat pada 14 Jun 2011, pukul 4 petang.

Apa kata kita beramai-ramai 'follow-up' dengan Pn. Shariza?  ;)

Terima kasih atas update... setuju.. jom ramai ramai follow up... kalau ramai ramai follow up masalah diselesaikan 3 bulan.. tak follow up mungkin 6 bulan.. anda pilih..

Offline kancilcomel

  • Warga Tegar!
  • *****
  • Posts: 362
  • Karma: +2/-0
Re: ADUAN LAMPU JALAN
« Reply #18 on: June 17, 2011, 10:03 PM »
Alhamdulillah... mlm ni lampu dah berfungsi... walaubagaimanapon masa ada lampu yg tak berfungsi e.g. 6/8. mungkin kene followup sikit lg. terima kasih pasa yg menbuat laporan, aduan, call, bg semangat utk org lain call.. etc..

Offline Jamal D'Maz®

  • Warga Tegar!
  • *****
  • Posts: 2,607
  • Karma: +4/-0
  • Moving Forward........!
Re: Masalah Lampu Jalan: Terima kasih kpd semua!
« Reply #19 on: June 20, 2011, 07:51 AM »
Terima kasih kpd yang telah berusaha dlm mendapatkan semula kemudahan asas kita ini. Rasa selamat & lega sikit sebab takde le risau sangat tentang keluarga aku yg terpaksa aku tinggalkan di BSP sementara aku mencari rezeki di perantauan.

Terima kasih sekali lagi kpd semua!

Always think out of the box. Tak semua masalah boleh diatasi dengan 2-3 cara saja.

Hanya syurga saja yang sempurna! Itu pasti.
 8)