anda tidak mampu untuk menanggung sebarang kesan atas kealpaan apabila peristiwa tersebut berlaku. Sedangkan pada hari ini kita mempunyai banyak pilihan sistem-sistem yang mampu menanggani sebarang aktiviti jenayah atau pun kebakaran.

Mencegah lebih baik dari merawat.

Tidak kira samada masih bujang atau sudah berkeluarga, melindungi rumah dan harta benda menjadi satu perkara yang perlu dititikberatkan. Oleh kerana itu, pada hari ini semakin ramai pemilik kediaman/pejabat telah sedar betapa pentingnya sistem keselamatan di rumah seperti CCTV, Sistem Penggera, Sistem Akses pad-kekunci dan alat pengesan asap yang kini boleh didapati dengan mudah dan murah.

Sistem keselamatan hari ini bukanlah untuk orang berada sahaja. Kini terdapat pelbagai produk dan jenama yang setanding dengan jenama terkenal dengan ciri dan kualiti yang kekal terbaik. Ia boleh didapati melalui syarikat pemasangan sistem keselamatan berhampiran anda.

Baiklah, setelah kita memahami betapa pentingnya sistem keselamatan, disini disertakan jadual siasatan awal terhadap kediaman untuk dipertimbangkan sebelum anda berurusan dengan syarikat pembekal keselamatan.

Jadual siasatan awal terhadap kediaman:

1. Tentukan titik masuk dan jalan keluar yang mahu disambungkan pada sistem keselamatan
2. Tentukan bahagian mana yang memerlukan perlindungan yang lebih
3. Adakah anda menyimpan barang-barang berharga di bilik tidur?
4. Adakah bilik anak-anak berada di tempat yang lebih jauh?
5. Adakah anda mempunyai peralatan elektrik didapur?
6. Memilih sistem berwayar atau tanpa wayar

Catat dan jawab semua soalan diatas. Sebagai contoh sistem berwayar adalah sistem yang stabil tetapi amat kasar hasilnya nanti. Sistem keselamatan tanpa wayar akan menampakkan persekitaran anda lebih bersih dan kemas. Tetapi kos untuk produk ini sememangnya mahal dari produk berwayar. Malahan sistem tanpa wayar juga mempunyai kelemahannya tersendiri apabila dipasang untuk rumah atau pejabat yang besar. Kesannya mungkin ada 1-2 “magnetic sensor” yang tidak berfungsi.

Seterusnya pertimbangkan lokasi yang mungkin untuk panel kawalan dan pad kekunci. Anda perlu memastikan bahawa panel kawalan diletakkan di lokasi sukar dicari oleh penceroboh. Tetapi anda juga perlu memastikan bahawa ia mudah diakses oleh anda dan ahli keluarga yang lain, terutamanya pada masa-masa kecemasan. Anda juga perlu memikirkan bilangan pad kekunci yang ingin dipasang. Anda mungkin mahu satu untuk pintu depan dan satu lagi berhampiran bilik tidur utama. Langkah terakhir ialah berunding dengan penasihat sistem keselamatan rumah yang mana mungkin terdapat butir-butir lain yang anda terlepas.

Sekian sahaja tip kali ini, semoga berjaya semua!

Sistem Sekuriti Putra Tropika

Bayaran Sekuriti

Pembayaran secara bulanan dibuat di pejabat pengurusan penduduk atau melalui pindahan atas talian ke Maybank2u.

Bayaran Sekuriti (RM50.00 sebulan) : 5628 3462 9115 ( MAYBANK : MBB BERHAD ). Emel kan bukti pembayaran anda kepada : hasil@putratropika.com .

Isikan ruangan "Rujukan Penerima" dengan alamat anda (cth:NO.59 JLN 6/2) dan keterangan (details) sebagai "BAYARAN SEKURITI".

Bayaran Yuran Pendaftaran Persatuan ( RM20.00 ) & Yuran Tahunan ( RM50.00 ) :5628 3462 9241 ( MAYBANK : MBB BERHAD ). Emel kan bukti pembayaran anda kepada : bendahari@putratropika.com .

Isikan ruangan "Rujukan Penerima" dengan alamat anda (cth:NO.59 JLN 6/2) dan keterangan (details) sebagai "YURAN PERSATUAN".

Bayaran boleh dilakukan menerusi pindahan dana Maybank, Mesin Deposit Tunai (CDM) atau pindahan dana antara bank ( GIRO Interbank ) .

Sila simpan/cetak bukti transaksi anda untuk rujukan.

Hubungi Kami

(+6016) 202-3589

media@putratropika.com

http://putratropika.com/index.php

@bydotkom

facebook.com/tfshaqilah

youtube.com/artdeen