PutraTropika

Satu Suara Satu Komuniti



Itulah hakikat yang kita perlu terima.. marahkah kita, sakit hati kah kita atau memandang sepi sahaja kah kita tapi itulah yang berlaku.. kemeriahan solat berjemaah semakin hilang di surau kita.. semakin hari semakin sepi dengan jemaah.. bila surau boleh penuh satu saf sekarang ini sudah dikira cukup bagus..namun untuk memenuhi satu saf di surau menjadi peristiwa yang jarang-jarang berlaku atau kadang-kadang.. sahaja..

Ketika ini kita sibuk mencari kesenangan dunia untuk kita, keluarga kita anak-anak kita . Kita kurang perihatin pada membangunkan jiwa manusia yang mengurus dan mentadbir ini. Solat jemaah masih lagi tidak menjadi keutamaan. Ingatlah, umat Islam terdahulu jiwa mereka subur dengan kesatuan. Solat jemaah itu mencerminkan KESATUAN JIWA, KEJERNIHAN HATI. Perasaan rindu dan kasih sayang tersemai hasil dari solat berjemaah. Inilah yang menyebabkan masyarakat kita buta perasaan. Kasih sayang sudah hilang, anak dibuang , dibunuh, budak-budak kecil diperlakukan teruk dari binatang.





Solat Berjemaah : Realiti Surau Kita

Rata-rata penduduk putra tropika adalah melayu muslim mukmim dan kita akan marah bila ada orang mengatakan betul ke kamu ni muslim mukmin sebenar.. dan memang kita akan marah malah kita sanggup bertumbuk atau bergaduh dengan orang yang mengajukan soalan itu kepada kita demi nak mempertahankan muslim mukmim kita itu.. tapi itu kah caranya untuk kita mempertahankan apa yang dikatakan muslim mukmim itu... sedangkan hakikat sebenar untuk menjaga keislaman muslim mukmin kita itu adalah dengan mengikut perintah Allah dan Seruan Nabi Muhammad. Kita hidup kan syiar islam kita seperti solat berjemaah dan sebagainya.. tapi kita gagal melaksanakan itu semua bila orang tanya kita marah tapi kita.. bagaimana?..

Tidak di nafikan kita semua terdiri dari orang yang mengerjakan solat saya rasakan... mustahil kita sebagai seorang islam tidak menunaikan solat.. kerana ia tiang agama.. tapi setakat mana solat kita. .cukupkan dengan hanya solat dirumah.. dan itukah sifat nabi kita Muhammad saw dalam bab solat. Apa alasan kita.. tak sempat.. tak ada masa.. sibuk.. tak sempat dalam perjalanan balik kerja masuk waktu maghrib.. tapi isya' kita di mana .. belum balik lagi masa.. tapi subuh kita di mana.. tengah bersiap nak pergi kerja.. tapi rasanya tak sampai 10% dari kita yang pergi kerja semasa azan berkumandang rata-rata kita pergi kerja adalah paling awal pun 6.30 pagi.. sebenarnya kita hanya beralasan dengan Allah sahaja.. Surau Al Hijrah, surau untuk kita imarahkan

kita mencari alasan dan kita fikir Allah boleh menerima alasan kita untuk kita tidak bersolat berjemaah di masjid dan surau.. Kita bukan cuba menunding jari kepada sesiapa tapi untuk memperbetulkan mana-mana yang dirasakan kurang betul kerana ianya masih ada ruang untuk diperbaiki.. kita mahu masyarakat taman kita menjadi satu masyarakat yang diberkati ...

Isu solat berjemaah ini merupakan isu terpenting umat Islam di kala ini. Ketika masjid-masjid sunyi dari manusia-manusia untuk tunduk dan sujud bersama pada Tuhan Pencipta Alam, umat Islam terus dihenyak dengan kehinaan. Kehebatan umat Islam yang suatu ketika dahulu digeruni oleh kawan dan lawan, kini semuanya hanya mainan and ilusi.

  • Langkah pertama dalam menjadikan umat Islam sebagai umat yang disebut sebaik-baik umat yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran
  • kita gagal berakhlak dengan akhlak seorang muslim..
  • kita sibuk mencari kesenangan dunia untuk kita, keluarga kita anak-anak kita . Kita kurang perihatin pada membangunkan jiwa manusia yang mengurus dan mentadbir ini.

Solat jemaah masih lagi tidak menjadi keutamaan. Ingatlah, umat Islam terdahulu jiwa mereka subur dengan kesatuan. Solat jemaah itu mencerminkan KESATUAN JIWA, KEJERNIHAN HATI..

Iman kepada Allah dan ikut Rasulullah

Ciri-cirinya:

  • Perasaan rindu dan kasih sayang tersemai hasil dari solat berjemaah
  • Pembunuhan , tuduh menuduh, memfitnah ,dan lain-lain isu masyarakat semuanya hasil dari hilangnya nilai kasih sayang dari jiwa umat Islam kita pada hari ini

sesibuk mana pun kita... ingatlah Allah dan jaga lah solat kita.:

  • Orang yg dapat menjaga solat adalah orang yg hebat.
  • Berbahagialah orang yg dapat menunaikan solat berjemaah di awal waktu.
  • Bagi yg gemar solat berjemaah, teruslah istiqamah utk berjemaah, janganlah kesibukan kita menghalang kita semua utk solat berjemaah.

Kita patut rasa sedih melihat keadaan surau dan masjid menjadi kosong.:

  • "Dan dirikanlah solat, tunaikan zakat dan rukuklah beserta orang-orang yang rukuk. (Surah Al-Baqarah: Ayat 43)
  • Seorang general Yahudi yang tersohor bernama Moshe Dayan juga pernah berkata... "Jangan harap umat Islam akan dapat mengalahkan Yahudi selagi mana bilangan orang Islam yang bersolat Subuh di masjid-masjid sama dengan bilangan mereka yang bersolat Jumaat".

Sistem Sekuriti Putra Tropika

Bayaran Sekuriti

Pembayaran secara bulanan dibuat di pejabat pengurusan penduduk atau melalui pindahan atas talian ke Maybank2u.

Bayaran Sekuriti (RM50.00 sebulan) : 5628 3462 9115 ( MAYBANK : MBB BERHAD ). Emel kan bukti pembayaran anda kepada : hasil@putratropika.com .

Isikan ruangan "Rujukan Penerima" dengan alamat anda (cth:NO.59 JLN 6/2) dan keterangan (details) sebagai "BAYARAN SEKURITI".

Bayaran Yuran Pendaftaran Persatuan ( RM20.00 ) & Yuran Tahunan ( RM50.00 ) :5628 3462 9241 ( MAYBANK : MBB BERHAD ). Emel kan bukti pembayaran anda kepada : bendahari@putratropika.com .

Isikan ruangan "Rujukan Penerima" dengan alamat anda (cth:NO.59 JLN 6/2) dan keterangan (details) sebagai "YURAN PERSATUAN".

Bayaran boleh dilakukan menerusi pindahan dana Maybank, Mesin Deposit Tunai (CDM) atau pindahan dana antara bank ( GIRO Interbank ) .

Sila simpan/cetak bukti transaksi anda untuk rujukan.

Hubungi Kami

(+6016) 202-3589

media@putratropika.com

http://putratropika.com/index.php

@bydotkom

facebook.com/tfshaqilah

youtube.com/artdeen